Wednesday, 19 April 2017
Tuesday, 18 April 2017
NILAM
NILAM
NILAM (NADI ILMU AMALAN MEMBACA)
NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada amalan membaca dan budaya ilmu.
NILAM merupakan gabungan kesemua aktiviti galakan membaca yang dujalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang tabiat membaca.
Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan sepanjang tahun.
ANUGERAH RAKAN PEMBACA
Bagi murid yang telah membaca/mencatat sebanyak 100
buku, mereka layak menjadi Rakan Pembaca. Berikut
adalah markah aktiviti dan pengtirafan Anugerah:-
MAJLIS ANUGERAH NILAM
Setiap tahun, majlis Anugerah NILAM akan diberikan kepada murid
yang layak (membaca dan mencatat ke
dalam Buku NILAM). Majlis
tersebut akan dibuat sebanyak dua kali
setahun iaitu pada Bulan
PSS dan bulan Ogos atau September.
yang layak (membaca dan mencatat ke
dalam Buku NILAM). Majlis
tersebut akan dibuat sebanyak dua kali
setahun iaitu pada Bulan
PSS dan bulan Ogos atau September.
Pelaksanaan NILAM: Tahap Jauhari
- Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
- Menjadikan membaca sebagai tabiat melalui pembinaan minat dan kemahiran membaca
- Penggunaan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui PSS sekolah dan Pusat Maklumat lain.
- Penilaian bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
ANUGERAH RAKAN JAUHARI
Untuk itu sesiapa yangtelah membaca diinta mencatatkan ke dalam Buu Nilam dan
Menyerahkannyan kepada Kaunter Pss atau Penyelaras Nilam bagi tujuan majlis penganugerahan.
JANGAN TUNGGU LAGI…… JOM BACA
……….. Dapat ANUGERAH …...
……….. Dapat ilmu………..
Promosi Aktiviti Nilam!
Resensi Buku
Guru-guru digalakkan mengadakan aktiviti resensi buku di dalam kelas besama pelajar dan meggalakkan pelajar untuk mengadakan resensi di hadapan khalayak untuk menambahkan lagi data bacaan pelajar.
Pelaksanaan NILAM: Tahap Rakan Pembaca
TAHAP PENCAPAIAN NILAM RAKAN PEMBACA
- Murid yang telah Berjaya membaca 100 buah buku layak di peringkat ini
- Murid mampu membimbing dan menarik minat pelajar lain supaya membaca buku
- Mendapat bimbingan daripada Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti Rakan Pembaca
- Meminjamkan buku kepada rakan
Murid layak setelah membaca/mencatat sebanyak 100 buah buku.
Berikut cadangan aktiviti:-
Bercerita 1 sesi x 5 pemdemgar = 5 markah
Baca bersma 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
Bicara buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
Meminjam buku 1 sesi x 5 peminjam = 5 markah
RAKAN PEMBACA –ANUGERAH GANGSA
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatat
jumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku.
RAKAN PEMBACA—ANUGERAH PERAK
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatat
jumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku
RAKAN PEMBACA—ANUGERAH EMAS
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatat
jumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku
RAKAN PEMBACA—ANUGERAH NILAM
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatat
jumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku
SEMOGA BERJAYA …...
TAHAP PENCAPAIAN NILAM RAKAN JAUHARI
Semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti
galakan membaca dan diberikan kemudahan
meminjam buku dari PSS Darul Hikmah.
Kadar bacaan murid bagi memperolehi
pengiktirafan Anugerah.
RAKAN JAUHARI –ANUGERAH GANGSA
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatatjumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku.
RAKAN JAUHARI—ANUGERAH PERAK
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatat
jumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku
RAKAN JAUHARI—ANUGERAH EMAS
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatat
jumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku
RAKAN JAUHARI—ANUGERAH NILAM
Pengiktirafan akan diberi kepada murid yang membaca dan mencatat
jumlah bacaan sebanyak:
72 buah—143 buah buku
Semoga Berjaya …...
MATLAMAT NILAM
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.
OBJEKTIF
Menjadikan murid-murid banyak membaca. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.
Info NILAM PSSDarul Hikmah.
Pelajar boleh mengisi dan mencatatkan didalam buku NILAM.
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BUKU NILAM.
Buku NILAM boleh didapati dikoperasi sekolah.
BAGAIMANA JIKA SAYA TELAH MENYIAPKAN BUKU NILAM.
Buku NILAM yang telah siap ditulis rekod bacaannya, bolehlah hantar terus ke Pejabat Pusat Sumber Sekolah atau kepada guru Penyelaras NILAM.
Pelaksanaan NILAM
Ada dua peringkat iaitu:
1. Tahap/peringkat pertama—Rakan Jauhari
2. Tahap/peringkat kedua—Rakan Pembaca
Peranan Jawatankuasa NILAM Sekolah
Setiap staf sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program NILAM. Setiap individu mempunyai peranan tertentu. Peranan yang dimainkan adalah seperti berikut:-
Penasihat-Pengetua
Pengetua sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaaan dan kekberkesanan program ini
Pengerusi-Penolong Kanan Pentadbiran
- Mempengerusikan setiap mesyuarat jawatankuasa program NILAM
- Memahami dasar dan matlamat program
- Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa
- Memastikan pelaksanaan program NILAM berjalan dengan lancar melalui:-
-Penyeliaan
-Perjumpaan dengan guru
-Temu bual murid dan ibu bapa secara informal
-Laporan pelaksanaan
- Menetukan keberkesanan jadual pelaksanaan program NILAM
- Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan program
- Mengenalpasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaanmurid
- Mengesahkan laporanyang berkaitan dengan program NILAM
Timbalan Pengerusi-PK Hem/PK KO-Kurikulum
- Menjalankan tugas pengerusi ketika ketiadaan beliau
- Membantu pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program NILAM
- Membantu pengerusi untuk menjayakan program NILAM
- Membantu pengerusi mengenalpasti kelemahanprogram NILAM dan mengambil tindakan
- Menyelia aktiviti yang menyokong program NILAM
- Menyediakan pengurusan kewangan program NILAM
- Memastikn program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan
- Menyeakdan mengesahkan rekod bacaan murid
Penyelaras Program
- Memberikan taklimat tentang pelaksanaan program NILAM pada setiap awal tahun
- Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dijalankan
- Merancang anggaran perbelanjaan program NILAM
- Menganjurkan progam NILAM peringkat sekolah
- Menjadi urusetia untuk untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah
- Mengenalpasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri
- Mendapatkan pengsahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua / Guru Besar .
- Menghantar laporandan data NILAM ke PKG
- Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
Setiausaha-Guru NILAM
- Menyimpan rekod ,minit mesyuarat dan surat menyurat.
- Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal lain yang berkaitan .
- Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM .
- Mempamerkan data dan matlumat (kertas kerja ,laporan,bahan,data) dan menyerahkan kepada penyelaras program.
- Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi.
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
Penolong Setiausaha -Guru DATA NILAM
- Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca daripda Guru Tingkatan/kelas setiap bulan.
- Memasukkan data ke pengkalan data.
- Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan Pembaca.
- Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM.
- Mengemaskini data NILAM
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid
Ketua Bidang/Ketua Panitia
- Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid
- Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti
- Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan program NILAM bersama penyelaras program
- Memantau pelaksanaan program NILAM
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid
Guru Kelas/Guru Tingkatan
- Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing
- Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada PSS dan mengedarkan kepada murid
- Menggalakkan murid mengikuti aktiviti program NILAM secara aktif
- Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM
- Membantu pelaksanaan program NILAM mengikut perancangan
- Menyerahkan data NILAM kepada guru dataNILAM setiap hujung bulan
- Mengenalpasti dan menyenaraikan murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada guru Pembimbing Rakan Pembaca
Guru Perpustakaan
- Membuat penggredan buku
- Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan program NILAM
- Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok(Projek Pukal)
- Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong program NILAM
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid
Pengawas PSS
Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan program NILAM ini. Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malahan merupakan agen penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut:-
- Membantu murid meminjam buku di PSS
- Membuat pameran buku yang sesuai dipinjam
- Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid
- Mempamerkan graf-graf bacaan
Monday, 17 April 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)